Thursday, January 24, 2013

Disleksia

Sejarah Disleksia

Ahli Fizik, Dr Kussmaul mencatatkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai kecerdasan normal tetapi tidak dapat membaca pada tahyn 1878. Beliau menamakan keadaan ini sebagai buta membaca (Hornsby 1995).

Istilah Disleksia pertama kali digunakan oleh Ahli Oftamologi pada tahun 1887

Pada tahun 1896, seorang doktor di Sussex telah menulis artikel mengenai seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Percy

1925, Ahli Neurologi Samuel T. Orton telah membuat kajian terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran dan mengkaji dan membuat post-mortem ke atas otak manusia. Beliau memperkenalkan istilah ketidakupayaan membaca yang spesifik dan mencadangkan bahawa punca sebenar kesukaran itu adalah proses lateralization  yang tidak sempurna dalam himesfera-himesfera otak.

1930, Anna Gillingham telah mencipta kaedah pengajaran murid-murid disleksia

Definisi Desleksia

Mereka yang mengalami kesukaran untuk membaca kerana mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf, suku kata ataupun perkataan.

Dys bermaksud kesusahan/ kesukaran

Lexis bermaksud bahasa/ pertuturan

** Ianya bermaksud, kesukaran atau kesusahan dalam bahasa

Menurut Kementerian Pelajaran Tinggi, Disleksia didefinisikan sebagai
Murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan yang searas atau melebihi kanak-kanak biasa TETAPI mempunyai kesukaran atau lemah yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis

Punca Disleksia

Ianya berpunca daripada kedua-dua otak yang mempunyai bahagian bahasa yang sama besar. Ia juga boleh dikaitkan dengan masalah keturunan yang mana disabitkan dengan kromosom 6.

Kajian telah membuktikan bahawa selain kromosom 6, disleksia juga disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang mana ianya boleh diwarisi secara turun temurun.

Selain itu, komplikasi semasa kelahiran juga boleh mempengaruhi.

Ciri Murid Disleksia

Mempunyai masalah dalam :

  • Ejaan
  • Ingatan
  • Membaca
  • Menyalin Nota
  • Penomboran
  • Visual Motor



  




0 comments:

Post a Comment