Monday, December 31, 2012

Saya.Mereka.Bersama. ©

Saya ada ahli kumpulan ditugaskan untuk pergi ke PDK untuk tugasan subjek Pemulihan Dalam Komuniti. Banyak yang saya dan kawan2 pelajari. Banyak aktiviti yang kami lakukan. Disini, saya selitkan gambar semasa aktiviti kami disana. :)















Monday, November 26, 2012

Outing Fotografi ©

Salam Ceria!

Semalam, saya dan ahli kelas keluar outing fotografi di sekitar Dectar + Masjid UKM untuk subjek Teknologi Pendidikan. Tujuannya untuk design kulit buku nanti. Puan Fariza tak nak copy pasta kat Encik Google ye :). So, kena ambik gambar sendiri. Dan hasil sejam outing semalam, dapat la ambik gambar2 ini.
Take a look and feel free to comment ya! Saya budak baru belajar. Enjoy~ :)














Sunday, November 25, 2012

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ©

Pemulihan Dalam Komuniti atau Community-Based Rehabilitation (CBR) ialah satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.




Antara objektif penubuhan PDK adalah :

  • Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa bertanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU). 
  • Mengembeleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
  • Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik  yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
  • Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
  • Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Friday, November 23, 2012

Pendidikan Khas : Jenis dan Kategori ©


Salam indah! 

Pendidikan Khas terbahagi kepada 3 jenis yang utama. 

  • Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Didalam Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran, terdapat banyak kategori yang wujud dan diklasifikasikan sebagai LD (Learning Disabilities). Antaranya ialah Autisme, Dyslexia, Dyspragia, Sindrom Down, Dyscalculia, Hyperactive, Gifted and Talented dan banyak lagi. 

Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran ialah pendidikan yang disediakan kepada murid-murid yang mengalami masalah dari aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad. Kebolehan intelek yang terhad bermaksud, murid-murid di dalam kategori ini adalah mereka yang rendah kebolehan intelek mereka.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikenalpasti melalui tahap kefungsian mereka di dalam kebolehan : 

  • Kebolehan Kognitif
  • Tingkahlaku Sosial/ Perkembangan Sosial
  • Penguasaan Bahasa Lisan / Pertuturan
  • Penguasaan Membaca
  • Kemahiran Perkembangan
  • Kemahiran Matematik 


  • Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran




Hallahan dan Kauffman (1991) mendefinisikan murid-murid bermasalah pendengaran sebagai :

murid-murid yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap intensiti atau kekuatan bunyi. 
Mojuntin Ebin (1997) : 
 pelajar yang mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Disebabkan faktor tidak dapat medengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti murid-murid lain dan menyebabkan perkembangan mental mereka terbantut. 
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah kehilangan darjah pendengaran. Antara faktor tersebut ialah : 

  1. Baka : disebabkan oleh gen ibu atau bapa yang mempunyai latar belakang keluarga yang mepunyai masalah pendengaran. Kepekakan yang berpunya daripada perwarisan genetik adalah kongenital dan sensorineural
  2. Penyakit : antara penyakit yang menyumbang kearah kehilangan pendengaran adalah Rubela. Rubela adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti. (wikipedia)  Selain itu, jika ibu yang hamil menghidap penyakit seperti beri-beri dan kencing manis juga turut memberi kesan kepada anak di dalam kandungan.
  3. Masalah pernafasan semasa kelahiran
  4. Kecederaan semasa kelahiran terutamanya dibahagian telinga
  5. Mendapat penyakit berjangkit selepas kelahiran yang mana ianya disebabkan oleh bakteria dan virus seperti beguk dan juga demam campak.
  6. Penyakit meningitis (penyakit telinga yang mempengaruhi sistem saraf terutamanya dibahagian meninges, penutup otak dan tulang belakang) dan otitis media (infleksi di bahagian membran mukus telinga tengah. Ianya mempunyai kaitan dengan penyakit seperti koriza, campak demam dan juga batuk kokol. 

Tahap Kehilangan Pendengaran




  • Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan


Masalah penglihatan didefinisikan : 

Legal of definition of visual impairment :
kebutaan ialah penglihatan yang kurang daripada 3/60, pada mata yang baik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refrective)
rabun atau penglihatan terhad (low vision) adalah penglihatan yang kurang daripada 6/19 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan yang kurang daripada 10 selepas rawatan atau pembetulan biasan (refrective)  


Enjoy reading! Feel free to leave your comment~ 




Saturday, November 3, 2012

Pendidikan Khas : Definisi dan Pencerahan ©






Pendidikan Khas didefinisikan :

Program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu. Individu yang berkeperluan khas adalah mereka yang mengalami pelabagai kecacatan atau kurang upaya atau pintar cerdas (gifted).

Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, sehingga mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa. (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon 1992)

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas. (Wikipedia)

Abroad term used to by law to describe specially designed instruction that meets the unique needs of a child who has a disability. These services are provided by the public school system and are free of charge. Services can include instruction in the classroom, at home, in hospitals or institutions. (understandingspecialeducation.com)

Seperti yang kita ketahui, setiap individu berhak diberi pendidikan mengikut tahap mereka. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas ini tergolong antara mereka yang istimewa, yang kelainan upaya, mereka perlu diberi pendidikan yang sama rata, setaraf kita yang tipikal (normal). Dengan itu, wujudlah Program Pendidikan Khas yang khusus untuk mereka yang memerlukannya. 

Kanak-kanak Pendidikan Khas juga mempunyai pelbagai jenis yang mana ianya terbahagi kepada 4 kategori yang besar. Saya akan menyambung berkenaan jenis dan kategori ini di entri yang lain. Moga terus membaca. 






Monday, October 29, 2012

Intro ©

Salam Indah..


Blog ini diwujudkan untuk subjek Teknologi Pendidikan GE2153. Di dalam blog ini, saya akan berkongsi tentang Pendidikan Khas : Masalah Pembelajaran,  yang mana ianya merupakan major course saya. Saya berharap, maklumat @ info yang akan dikongsi, bermanfaat buat semua pembaca. Keep reading!